Sunday, July 27, 2008

My Best Friend's Accident

Assalamualaikum and Good Day,

As u guys know, (or not know) our friend, Muhammad Safuan bin Ismail had been hit by a car while on a motorbike when he was on his way for dinner, around 10.00 p.m. 25th July, 2008. He was hit from behind, where he was sitting as the pessenger of the motorbike, and flung backwards and smashed on the car's front screen, on his head.

He was first admitted to the Tampin Hospital, (the incident occured at Jalan Tampin-Rembau), but due to his serious injury inside his head, he was then transfered to Tuanku Jaafar Hospital in Seremban. Through CAT Scan, the injury is cracking his back skull up to the upper jaw and of course, caused internal bleeding. The injury effects his sight, where he is now still seeing double eventhough the accident was to days ago.

He was vomitting blood, twice as I recalled.And of course, the nurse was and still is, nowhere when we need them. The doctors were and still are incompetent (freshgrad, with 1 month experience, no supervisor), and had to take care of almost 30 patient in one time.

But Safuan is progressing, though slowly, gradually. He is now able to eat a full McDonald's burger.

Still, his welfare, now and in the future is at risk. The injury inside his head might become something we don't want to think about. We are now fighting for a transfer for him, at least to be placed at Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital. But according to his warden, Bonda said that the college only covers government line hospital, and though HUKM is a semi-government hospital, the insurance only covers the government line of that hospital, which in my opinion, isn't much a different story with what we are facing now at the Tuanku Jaafar Hospital.

We want Safuan to be transfered to a private hospital, though no need of anything fancy, because we want a serious and thorough inspection and observation for his health. In this case, he was a mere victim to a reckless and mindless biker of his friend and a careless driver. I am pushing for a full cover which consists of medical billing and supports ie in education expenses and life supports. At least a one year observation of the condition of the injury.

Thus, for anyone out there who knows anyone who has a say, or authority to help his case, please give me a call so that we can arrange a meeting between Safuan's representative, so that his welfare doesn't be treated unfairly. In the mean time, I am setting a bank account for anyone who wants to give sincere donations to help his mother and himself through this hard time. I will post Safuan's mum account number together with a picture of her bank account for transparency.

For those who had time visited her for the last two days, we are acknowledging your presence. Thanks for your time and efforts. Those are:

Ahmad Fawwaz Dato' Muhammad Sharkar
Fashli Aziz Abdul Aziz
Logeswaran Selvaraja
Hud Jafni
Aina Syazwani
Mohammad Syafiq Fakharazzi

And also for those who asked and send their warmest get-well-soon:

Aaron Quay
Abang Saidin
Andi Rizal Za'ba
Chong Wen Cheng
Geethanjali Makenthiran
Hamidie Shaari
Halimah
Kameel Hijjaz Zulkifli
Ms Marlina Alias Ali
Nadhirah Fauzi
Puan Rafidah Jaafar
Abdul Rauf Abdul Rahman
Siti Nasihah Nasurudin

And also to all of u , who for my mistake, cant remember but of course u know who u are.

Thank You.

Politik Penghancur Perpaduan

Pilihan Raya Umum ke 12 sudah hampir lebih 3 bulan berlalu. Namun, cakap-cakap mengenainya masih belum terdapat tanda-tanda akan surut. Pelbagai agenda-agenda, terutamanya agenda-agenda politik berbanding agenda-agenda untuk memantapkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilakukan. Kedua-dua pihak saling menaburkan janji-janji kosong dan tohmahan-tohmahan yang adakalanya tidak masuk diakal langsung.

Terbaru, salah sebuah parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu Parti Islam Se-Malaysia telah mengadakan apa yang dikatakan sebagai "muqabalah" oleh PAS bersama parti setru utama mereka, iaitu parti politik tunjang Barisan Nasional (BN) iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Kedua-dua parti seteru ini mengatakan bahawa muqabalah atau muzakarah (tak kisah lah apa ertinya sekali pun) adalah bagi membincangkan isu perpaduan Melayu dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.

Keputusan Pilihan Raya yang lalu sudah jelas emnunjukkan bahawa rakyat sudah susut percaya terhadap kepimpinan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri Pak Lah, malah rakyat telah memberikan mandat kuasa politik yang tidak pernah dalam sejarah Malaya atau Malaysia berlaku dimana kerajaan Persekutuan BN telah kehilangan 5 buah kerajaan negeri kepada PR. Sudah terang lagikan bersuluh, rakyat telah memberikan petanda amaran kepada Kerajaan BN bagi mengstruktur semula pentadbiran dan politik sebelum Pilihan raya yang seterusnya. Jelas sekali rakyat telah "melantik" kuasa baru PR bagi menjadi pemerhati agar kerajaan BN tidak lagi mengamalkan dasar-dasar autokratik dan diskriminasi. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia telah bersatu dan bersuara melalui peti-peti undi bahwa mereka inginkan perubahan.

Akan tetapi, ahli-ahli politik baik dari kerajaan BN mahupun PR seperti "membutakan mata, memekakkan telinga" akan suara rakyat yang ingin dan telah pun disampaikan. Mereka asyik melaungkan kata-kata dan ucapan-ucapan yang bagi saya boleh disabitkan dengan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negara. Ucapan-ucapan berbaur perkauman seperti soal ketuanan Melayu dan kontrak sosial bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Apakah benar perpaduan Melayu yang merupakan bangsa terbesar dan majoriti di negara ini telah terhakis selepas rakyat menolak calon-calon UMNO? Adakah dengan pertambahan satu lagi ahli Parlimen bumiputra dalam Dewan Rakyat menunjukkan kuasa politik bumiputra terutamanya Melayu terhakis? Adakah dengan terlepasnya Pulau Pinang ke tangan Parti Tindakan Demokrasi (DAP) daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bermakna Melayu sudah "merempat" di tanah air sendiri?

Rata-rata orang menceritakan tentang soal perpaduan Melayu dan agama Islam. Adakah tidak ada yang ingin mengutamakan perpaduan rakyat Malaysia dan mengukuhkan ekonomi yang kian hari semakin lembab dek hambatan kenaikan harga minyak di seluruh dunia? Kos sara hidup makin meningkat hari demi hari, harga bahan keperluan seperti beras, minyak masak, tepung dan gula telah melambung naik. Rakyat, tidak kira Si Cina yang Kaya, Si India yang Professional, Si Dusun yang Miskin mahupun Si Melayu yang Pemalas, telah kehilangan satu-satunya kuasa yang ada pada mereka; kuasa membeli.

Keadaan ekonomi yang kian lembab dan kadar inflasi yang semakin memuncak didorong ketidaktentuan politik rekaan ahli politik sendiri menyebabkan rakyat kehilangan punca. Kemiskinan semakin nyata di depan mata. Ada yang terpaksa mengorbankan pelajaran semata-mata untuk mengelakkan penambahan kos dalam perbelanjaan, ada yang mula membuat kerja-kerja sambilan, menyebabkan kualiti kerja merudum, sekaligus menggalakkan aktiviti-aktivit rasuah dan korup.

Dalam keadaan yang sempit lagi menyempitkan, ada pula yang sanggup tukar kereta baru!

Dan kini, PAS dan UMNO pula diuar-uarkan akan bergabung semula dalam sebuah parti yang baru. Apakah tindakan ini distimulasi oleh kepentingan rakyat secara menyeluruh atau kepentingan politik masing-masing sahaja atau lebih menakutkan usaha untuk mengukuhkan "superiority" sebuah bangsa ke atas bangsa-bangsa lain adalah tidak diketahui. Namun yang pasti, faktor utama pastinya bukan demi BANGSA MALAYSIA.

Sekiranya senario ini berterusan, usaha-usaha untuk mewujudkan sebuah Bangsa Malaysia dengan satu identiti dan satu rupa bangsa seakan-akan angan-angan Mat Jenin. Malah, Wawasan 2020 juga seolah-olah satu gurauan.